Perak Hari Ini

Vokhid Bakal Beraksi Bersama The Bos Gaurus

IPOH: Pemain dari Uzbekistan, Vokhid Shodiev 29 telah menandatangani kontrak untuk beraksi dengan pasukan Liga Super Perak pada tahun hadapan.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan menerusi satu kenyataan media, hari ini.

“Beliau telah tiba di Ipoh pada 27 Disember lalu dan telah menjalani ujian kesihatan dan kecergasan di bawah pengendalian doktor pakar perubatan dan telah disahkan lulus dalam kedua-dua ujian tersebut.

“Pemain ini telah mula menjalani latihan dan percubaan bersama skuad The Bos Gaurus 2016 pada 29 Disember 2015 dan mula menunjukkan keserasian untuk bersama-sama mengadaptasi corak permainan yang bakal dipersembahkan oleh skuad ini untuk musim 2016 nanti,”katanya.

Abdul Puhat berkata, Vokhid telah menandatangani kontrak sebagai pemain import kedua Skuad The Bos Gaurus 2016 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan disaksikan oleh Presiden PAFA dan beberapa pegawai PAFA.

“Pihak pengurusan PAFA berkeyakinan penuh diatas keupayaan pemain ini dan berharap ianya sebagai suatu permulaan yang baik untuk kejayaan Skuad The Bos Gaurus di dalam Liga Super 2016,”ujarnya.

Vokhid yang bermain di posisi penyerang merupakan pemain bagi kelab FC Bunyodkor (Liga Utama Uzbekistan) dan merupakan pemain kebangsaan Pasukan Senior Uzbekistan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");