Jenayah

Api sambar tong gas bocor

Melaka: Seorang wanita bergegas membawa dua anak saudaranya keluar dari rumah selepas dapur gas memasak di kediaman dihuni mereka di Kampung Peringgit di sini, terbakar jam 9 pagi semalam.

Wanita berkenaan bersiap untuk keluar ke tempat kerja apabila tong gas di dapur dipercayai bocor sebelum dapur gas terbakar.

Dua anak saudara wanita berkenaan, Balqis Abdul Fatah, 8, serta bayi lelaki berusia lima bulan berada di ruang tamu sambil bersarapan ketika kejadian.

Menurut Balqis yang ditemui di rumah itu, dia dikejutkan dengan jeritan ibu saudaranya yang mengarahkannya segera keluar dari rumah.

“Ibu saudara tiba-tiba mengarahkan saya keluar dan pada masa sama, dia mendukung ‘baby’ (anak saudara) keluar bersamanya.

“Bomba yang dihubungi tiba tidak lama kemudian memadamkan api,” katanya.

Menurut Balqis, ini kali pertama kejadian terbabit berlalu di rumah berkenaan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II S Kalai berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 9.20 pagi.

“Dua jentera dari BBP Jalan Kubu bersama 14 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kebakaran. Ketika tiba, kami dapati api mula merebak ke tong gas namun ia dapat dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian.

“Pemeriksaan mendapati hanya lima peratus bahagian dapur rumah itu terjejas akibat kebakaran. Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");