Sukan Hari Ini

Sabree titipkan kejayaan milik Kedah

PEMAIN pertahanan Kedah, Sabree Mat Abu menitipkan doa agar kejayaan berpihak kepada skuad Lang Merah selepas mara ke pentas akhir musim ini.

Selepas jarang beraksi dalam kesebelasan utama gara-gara dihimpit kecederaan, Sabree teruja dan bercampur geram apabila hanya mampu menonton rakan berlari atas padang.

“Kecewa kerana saya masih belum cergas sejak jalani proses penyembuhan di Bukit Jalil. Kejayaan memasuki pentas akhir diidam semua pemain.

“Ini pentas paling berprestij dan rugi apabila sekadar jadi pemerhati. Tapi, bagi saya bola sepak merupakan permainan berpasukan.

“Selepas lama tidak ke final, (kali terakhir pada 2010), ini peluang terbaik

Kedah mengakhiri kemarau juara Piala Malaysia.

“Pada 2008, kami menang ke atas Selangor dan kali ini kebetulan bertemu lagi pasukan sama. Lawan sudah tentu mahu membalas dendam dikecewakan tujuh tahun lampau.

“Pesanan saya, beri tumpuan dan jangan leka walau sesaat,” katanya pernah berkelana bersama pasukan PDRM musim lalu.

Untuk rekod, pemain kelahiran Parit Buntar, Perak ini pernah mengecapi nikmat Piala Malaysia termasuk berada dalam skuad yang mencipta kejayaan tiga piala semusim iaitu pada 2007 dan 2008.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");