Sukan Hari Ini

Chelsea tak minat Falcao

London: Chelsea dilihat bergelut untuk menamatkan tempoh pinjaman Radamel Falcao di Stamford Bridge dan berhasrat memulangkan semula pemain itu ke Monaco lebih awal.

Menurut sumber, pengurus Chelsea Jose Mourinho mahu membatalkan perjanjian pinjaman dengan Falcao sekali gus membolehkan pemain itu dikeluarkan untuk digantikan dengan penyerang baru.

Begitupun, jika Chelsea berhasrat untuk berbuat demikian, mereka terlebih dulu perlu bersetuju dengan perjanjian yang sudah ditandatangani dengan Monaco dan mencari kelab lain yang berminat untuk menggunakan khidmat pemain itu hingga hujung musim ini.

Monaco keberatan untuk membawa pulang Falcao ke Stade Louis II kerana tidak mahu membayar gaji pemain terbabit manakala usaha mencari majikan baru buat pemain itu bukan mudah memandangkan aksi longlai yang dipamerkan sejak 18 bulan lalu.

Falcao bergelut untuk menyesuaikan diri sepanjang semusim dipinjamkan ke Manchester United musim lalu apabila hanya berjaya menjaringkan empat gol dalam 29 perlawanan.

Pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi gagal menyerlah di Chelsea apabila hanya turun sebanyak dua kali dalam semua pertandingan serta meledak satu gol.

Falcao tidak mewakili Chelsea sejak hujung Oktober, mengalami kecederaan otot bulan lalu dan jika perjanjian untuk memindahkannya semula ke Monaco tidak berjaya, Blues perlu terus menyimpan bekas penggempur Atletico Madrid dan Porto itu.
– Agensi/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");