Panasnya Hari Ini

Kenaikan Tambang ERL Selaras Dengan Perjanjian Konsesi

KUALA LUMPUR: Tambang Express Rail Link (ERL) yang naik adalah selaras dengan syarat-syarat perjanjian konsesi selepas ERL Sdn Bhd diberi kuasa untuk menyemak semula tambang sedia ada.

ERL Sdn Bhd menyatakan tambang sedia ada iaitu RM35 akan meningkat kepada RM55, penambahan RM20 bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ERL Sdn Bhd, semakan tambang yang terbaharu tersebut telah diluluskan Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berdasarkan Sesyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL Sdn Bhd, Noormah Mohd Noor menjelaskan harga yang dikenakan merupakan diskaun kerana harga sebenar adalah RM64.

“Namun kami lakukan penstrukturan tambang baharu dengan mengutamakan pelanggan. Kami Sedar bahawa kos sara hidup yang meningkat adalah satu cabaran,” ujarnya.

Beliau menambah, perbincangan antara ERL dan rakan niaga seperti MasterCard mereka turut diadakan bagi menawarkan diskaun kepada pengguna.

“Sebagai contoh, penumpang yang hendak mahu ke lapangan terbang menggunakan KLIA Ekspres boleh membayar serendah RM40 setiap perjalanan, iaitu hanya RM5 lebih daripada tambang yang lama,” katanya.

Pembelian tiket secara dalam talian melaui aplikasi mudah alih dan dari kiosk ERL juga digalakkan kerana penumpang dapat menikmati potongan 10 peratus.

Kadar potongan 10 peratus juga diberikan kepada pengguna Touch’ n Go dalam tempoh promosi manakala pelancong yang membeli tiket dua hala antara KL Sentral dan lapangan terbang boleh berjimat RM10.

Diskaun 30 peratus juga diberikan kepada warga emas dan orang kurang upaya untuk tambang sehala menggunakan KLIA Transit.

ERL melakukan semakan pertama harga tiket ERL sejak ia mula beroperasi 14 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");