Sukan Hari Ini

Chelsea Tunjuk Perkembangan Positif – Thibaut Courtois

WALAUPUN Chelsea gagal meraih kemenangan semasa bertandang ke kubu Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Isnin, Thibaut Courtois menyifatkan pasukannya menunjukkan perkembangan yang baik.

Menerusi skor berimbang 0-0 itu, penjaga gol Chelsea mengatakan bahawa pasukan itu tampol dengan baik dan memiliki banyak peluang untuk meraih gol.

The Bluse tampil tanpa diperkuatkan seorang penyerang sejak minit pertama.

Courtois turut menyebut Man United juga menunjukkan tindak balas yang sangat baik.

“Man United ingin meraih kemenangan demi penyokong mereka. Sejak awal mereka mampu membuatkan kita berada di bawah tekanan yang besar,” kata Courtois kepada BT Sport.

“Bermain tanpa penyerang amat sukar buat kami dalam mempamerkan aksi permainan, tetapi kami tetap memperoleh banyak peluang. David de Gea bermain sangat baik dan pasukan kami telah menunjukkan perkembangan yang baik,” katanya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");