Panasnya Hari Ini

Dakwa Polis Bersubahat, Ketua PPIM Akan Dipanggil Beri Keterangan

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pihak polis akan memanggil Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berikutan dakwaan yang dibuatnya bahawa terdapat anggota Polis yang didakwa bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya, beberapa hari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, siasatan itu dilakukan untuk mengetahui siapa anggota polis yang dimaksudkn oleh Nadzim.

“Saya telah memanggil Datuk Nadzim selepas membawa wawancaranya menerusi BERNAMA semalam, di mana beliau menuduh polis ini bersekongkol dan sebagai musang berbulu ayam dalam PDRM.

“Malah saya mahu tahu siapa yang dimaksudkannya itu. Datuk Nadzim boleh beri maklumat tersebut kepada saya atau pergi membuat aduan dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi membolehkan kita melakukan siasatan,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau turut berkata, PPIM sepatutnya membenarkan Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian penipuan itu termasuk membabitkan ahli persatuan pengguna itu sendiri.

Tajuddin turut menegaskan bahawa, penahanan ahli PPIM itu juga merupakan sebahagian daripada siasatan.

Mengulas lanjut, hasil daripada siasatan tersebut, pihak polis akan mendakwa salah seorang peniaga di Kota Raya setelah selesai mengambil keterangan daripada pihak tertentu.

Terdahulu, Nadzim berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat anggota polis yang terlibat dalam melindungi peniaga yang menjalankan aktiviti haram sehingga memberi ruang kepada pengusaha premis berani untuk menipu pelanggan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");