Jenayah

Didakwa miliki senjata api

Kota Bharu: Penganggur berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan membabitkan senjata api dan mencederakan lelaki lain hingga putus pergelangan tangan, empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Faiz Zahari berasal dari Machang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Beretta Made In Italy tanpa kebenaran mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 di sebuah rumah di Kampung Kulim, Cherang Ruku, Pasir Puteh pada 4 Petang, 20 November lalu.

Tertuduh juga berdepan pertuduhan kedua iaitu memiliki 17 butir peluru jenis 9mm Luger AP 15 tanpa kebenaran sah dan didakwa mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Faiz didakwasengaja mencederakan Imrol Fazly Abdullah, 34, menggunakan sebilah parang hingga putus pergelangan tangan kiri mangsa di hadapan kedai mee Kampung Pangkal Changgong, Machang pada 7.30 malam, 17 Disember 2011.

Untuk kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda atau sebat.

Mahkamah menetapkan 24 Januari 2016 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini tertuduh turut mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap dua pertuduhan iaitu memiliki empat peluru hidup dan lapan kelongsong peluru tanpa kebenaran serta didakwa bersalah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menakukan secara jenayah terhadap dua mangsa wanita dengan cara membakar amunisi peluru. Untuk itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 25 Januari 2016 sebagai tarikh sebutan semula kes.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");