Jenayah

Doktor tak sedar miliki kereta klon

GURUN: Seorang doktor gigi tidak menyangka kereta yang dibelinya dengan bayaran pendahuluan RM10,000 merupakan kereta klon sehingga kereta tersebut ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah hari ini.

Doktor lelaki berusia kira-kira 30-an itu yang sedang bergegas balik ke Kuala Lumpur dari Alor Setar bersama seorang lagi rakan kerana panggilan tugas, ditahan di kawasan Rehat dan Rawat Gurun kira-kira 11 pagi tadi. Beliau memberitahu JPJ kereta Toyota Wish itu dibelinya secara dalam talian.

Pengarah JPJ Kedah, Amir Onn Mustapha berkata, nombor casis kereta itu didapati tidak didaftar dan reka bentuk lampu serta cukai jalannya agak berbeza.

“Kereta itu akan disita dan kita akan dapatkan kebenaran mahkamah untuk lucut hak dan akan dilelong,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata dalam operasi itu 60 saman dikeluarkan meliputi pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menggunakan cermin gelap, nombor pendaftaran dan lampu tidak mematuhi spesifikasi. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");