Berita Hari Ini

SKMM perlu pantau perlaksanaan rebat GST

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memantau pelaksanaan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi pengguna prabayar tahun depan.

Dalam membuat gesaan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata suruhanjaya itu perlu bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan pada masa sama memastikan kepentingan pelanggan kekal menjadi keutamaan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau mengambil perhatian bahawa dianggarkan 20 juta rakyat Malaysia akan menikmati faedah rebat GST bagi kad prabayar.

Bermula 1 Januari sehingga 31 Disember, 2016, pelanggan prabayar yang terdiri daripada warganegara Malaysia layak mendapat rebat GST.

“Ini jelas satu faedah kepada pelanggan, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2016 pada Oktober lepas,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");