Membawang Hari Ini

Ella mahu anak angkat

Sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga, ratu rock negara, Ella dan suaminya, Azhar Husaini sering diajukan pertanyaan mengenai zuriat.

Pasangan romantik itu bagaimanapun tidak berkecil hati sebaliknya menganggap ia tanda prihatin peminat.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 49, berkata, setiap hari pasti ada orang bertanyakan mengenai cahaya mata di laman sosial.

“Perkara ini tidak menyinggung perasaan saya dan suami, malah kami melihatnya secara positif.

“Soal anak saya serahkan pada Ilahi dan meminta peminat mendoakan kami,” katanya pada sidang media Minggu Setiausaha, kelmarin.

Dalam pada itu, Ella mendedahkana mahu mengambil anak angkat dan keinginan itu datang selepas melihat kebahagiaan rakan artis selepas berbuat demikian.

“Seronok pula melihat rakan artis seperti Misha Omar ambil anak angkat. Daripada situ terdetik di hati untuk membantu kanak-kanak yang tiada keluarga,” katanya.

Pun begitu jelas Ella hasrat berkenaan tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana jadual kerjanya padat sehingga tahun depan.

Kendalikan Minggu Setiausaha

Selepas 30 tahun mencipta nama sebagai penghibur tersohor, Ella buat pertama kalinya mengadakan persembahan Minggu Setiausaha yang bakal berlangsung di Dewan Perdana FELDA Kuala Lumpur pada 27 April 2016.

Menurut Ella, penganjuran acara itu atas dorongan rakan artis dan menjanjikan kelainan dalam persembahan.

“Memang seronok apabila terbabit sepenuhnya dalam acara ini. Saya mahukan persembahan yang dekat dengan peminat.

“Saya mahu raikan tiga dekad bergelar anak seni bersama mereka,” katanya.

Sambung Ella, persembahan berdurasi dua jam itu bukan konsert rock kerana menampilkan konsep berbeza.

“Ada kejutan nanti dan persembahan akan dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis lain,” katanya.

Tiket Minggu Setiausaha Ella akan mula dijual pada Januari ini dengan harga RM400, RM600 serta RM800.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");