Berita Hari Ini

G25 gambarkan tidak suka kehidupan beragama

IPOH – Usaha memansuhkan undang-undang berkhalwat seperti dicadangkan kumpulan G25 jelas menggambarkan wujud golongan yang tidak gembira dengan kehidupan beragama di negara ini.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Negeri, Zamri Hashim, golongan berkenaan akan sentiasa cuba membuka ruang supaya cita-cita mereka terlaksana.

Menurutnya, masyarakat wajar dibantu dalam usaha menyempurnakan kehidupan beragama dan seterusnya menegakkan syiar Islam.

“Penguatkuasaan undang-undang khalwat di negeri ini selaras hadis Nabi Muhammad SAW yang mewajibkan kita menghalang kemungkaran sama ada dengan tangan (kuasa), lidah mahupun dengan hati kerana tindakan mengetuk atau menyerbu tempat tertentu adalah berdasarkan aduan diterima.

“Islam mengiktiraf peranan negara dan pemimpin Islam bagi menentukan Maslahah Mursalah. Ini bermakna, walaupun sesuatu hukuman bagi dosa itu tidak tertulis di dalam al-Quran dan Hadith Rasulullah secara khusus, pemimpin Islam berhak melaksanakan hukuman (hukuman ta’zir) selepas mengambil kira kemaslahatan umum bagi sesebuah negara dan masyarakat,” katanya.

Katanya, sejarah turut membuktikan, Islam mengambil berat usaha membendung kemaksiatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");