Berita Hari Ini

Harga RON95 dijangka jatuh lagi Januari ini

SHAH ALAM – Harga petrol RON95 dijangka jatuh 10 hingga 15 sen seliter pada Januari tahun depan dan menyaksikan ia dijual RM1.80 hingga RM1.85 seliter.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, anggarannya itu berdasarkan laporan harga minyak mentah, Brent bagi Disember 2015 yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.

Namun begitu, Rafizi berkata, penurunan itu tidak mencerminkan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran global dan menggesa satu mekanisme harga baharu dilaksana.

“Harga RON95 di Malaysia jatuh hanya tujuh peratus sejak Julai tahun lalu kepada RM1.95 seliter berbanding harga minyak mentah Brent yang menjunam sebanyak 66 peratus kepada AS$37 setong sepanjang tempoh yang sama.

“Perbezaan yang besar ini disebabkan kejatuhan mendadak nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Oleh yang demikian katanya, harga RON95 ditetapkan menggunakan formula bergantung kadar tukaran ringgit kepada dollar ini tidak lagi melambangkan kos sebenar seliter RON95 yang sepatutnya dibayar oleh pengguna kerana diherotkan oleh kadar matawang ringgit yang merudum.

“Saya mencadangkan supaya satu kaedah penetapan harga baharu diperkenalkan menggunakan maklumat kos pengeluaran sebenar loji penapisan minyak di Malaysia yang dikira di dalam ringgit bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan kadar mata wang ringgit kepada dollar,” katanya.

Oleh itu, Rafizi mahu kerajaan mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar melalui kaedah lain termasuk menghentikan semua kenaikan tambang pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain yang telah diumumkan setakat ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");