Isu Panas

Hishammuddin: Umno tak tergugat kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Apa jua tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dapat memecahbelahkan perpaduan parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut Hishammuddin, Umno pernah melalui krisis seumpamanya sebelum ini yang melibatkan pemimpin utama parti dan ranjau itu berjaya dilalui parti berkenaan.

?”Apa bezanya Muhyiddin dengan Datuk Onn Jaafar (Presiden Umno pertama), Tun Dr Ismail Datuk Abdul Rahman (Timbalan Presiden Umno pada tahun 1951), Tun Musa Hitam (Pemangku Setiausaha Agung Umno), dengan Tun Hussein Datuk Onn (Ketua Pemuda Umno pertama)?

“Datuk Onn keluar daripada parti. Tun Dr Ismail letak jawatan apabila tidak sefahaman dengan Tunku Abdul Rahman,” katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan diminta mengulas mengenai krisis dalaman yang melanda Umno ketika ini susulan pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Julai lalu.

?Sementara itu mengulas mengenai Umno Johor, Hishammuddin turut menyatakan ?rasa kagum dengan tampuk kepimpinan parti yang masih lagi berpegang kepada tunjuk ajar pemimpin sebelumnya.

“Saya bangga menyatakan nilai-nilai Umno Johor masih diwarisi oleh mereka. Sekarang Umno Johor dipimpin oleh Datuk Seri Khalid Nordin,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan ahli parti untuk meneruskan penyatuan tanpa memberi peluang kepada pembangkang untuk menyerang Umno.

Beliau juga berharap perwakilan dan ahli parti terus komited memikul amanah yang diberikan oleh parti kepada diri masing-masing.

“Saya minta pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, kita balik semula kepada perkara yang selalu dibincangkan iaitu masa depan umat Melayu, umat Islam dan orang Melayu.

“Dalam masa yang sama, dalam konteks kita merupakan parti terbesar BN yang akhirnya akan menentukan nasib kaum lain di bawah konteks BN,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");