Panasnya Hari Ini

PROTON Parts Centre Terima Sijil ISO 9001:2008

KUALA LUMPUR: Anak syarikat PROTON Holdings Berhad (PROTON), PROTON Parts Centre Sdn Bhd (PROTON Part Centre) berjaya meraih pengiktirafan ISO 9001:2008 daripada Bureau Veritas kerana usaha yang berterusan untuk memastikan kualiti pengeluaran kepada lebih empat juta pemilik PROTON.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, pengiktirafan yang diterima ini menunjukkan bahawa PROTON sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

“Kami berterima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi sokongan yang berterusan, kepada pemegang saham yang sentiasa memberi sokongan setiap tahun. Kami akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghasilkan kereta yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

“Pengiktirafan sijil antarabangsa ini menunjukkan komitmen dan dedikasi kita terhadap perkhidmatan terbaik yang kita berikan kepada pelanggan.

“Ini menunjukkan bahawa mereka (pelanggan) yakin bahawa peralatan gentian kita adalah mempunyai kualiti yang tinggi dan sentiasa menepati masa,”katanya, dalam satu kenyataan media, hari ini.

ISO 9001:2008 adalah satu badan Sistem Pengurusan Kualiti yang direka untuk membantu satu organisasi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pihak yang berkepentingan di samping memenuhi keperluan yang berkaitan dengan produk.

Selain itu, ISO 9001:2008 juga merupakan hasil daripada audit ke atas proses dalam jangka masa pendek, kebolehan penghantaran yang pantas dan jaminan kualiti yang konsisten terhadap perkhidmatan dan produk.

PROTON Parts Centre adalah satu-satunya pengedar untuk alat ganti asli daripada PROTON sama ada di peringkat domestik dan eksport.

Pemilik PROTON boleh mencari alat ganti bagi kereta mereka melalui pengedar yang terdapat di seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");