Membawang Hari Ini

Inspirasi pengarah muda

Selepas Rockers, HyppTV memperkenalkan program realiti baru, I Want To Be A Filmmaker bagi mencari bakat muda untuk industri perfileman tanah air.

Menariknya, pemenang program realiti itu berpeluang memperoleh biasiswa daripada Yayasan Telekom Malaysia bernilai RM100,000 untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Perfileman di Universiti Multimedia, Nusajaya, Johor.

Program realiti 10 episod itu menampilkan 12 peserta berusia 18 hingga 22 tahun yang tidak mempunyai pe­ngalaman dalam bidang perfileman.

Diterbitkan Mangkin Prestij Sdn Bhd, I Want To Be A Filmmaker bakal ditayangkan setiap Rabu bermula 16 Disember ini, jam 10 malam di saluran 111 HyppTV.

Saksikan peserta berusaha menyelesaikan tugasan mencabar dan usaha mereka akan dinilai juri.

Peserta yang dianggap lemah disingkirkan manakala pemenang setiap episod akan diberikan imuniti bagi mengelak mereka disingkirkan pada cabaran minggu seterusnya.

Naib Presiden Perniagaan dan Operasi Media, New Media, Telekom Malaysia Berhad, Emily Wee berkata, I Want To Be A Filmmaker program realiti pertama mencari bakat baru dalam bidang perfileman.

“Program ini mencerminkan komitmen dan sokongan kami terhadap pembangunan kandungan tempatan dalam industri seni tanah air,” katanya.

Menurutnya, peserta berpeluang menimba pe­ngetahuan berharga daripada penggiat seni berpengalaman seperti penerbit filem, Raja Azmi yang dilantik sebagai juri.

I Want To Be A Filmmaker diserikan lagi de­ngan kehadiran Julia Farhanaarin dan Hafiz Bahari sebagai pengacara.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");