Sukan Hari Ini

Inter tempah tiket suku akhir

Milan: Pendahulu Serie A Inter Milan melangkah ke suku akhir Piala Itali awal pagi semalam selepas menang 3-0 ke atas Cagliari ketika kelab divisyen tiga Alessandria mencipta satu lagi kejutan dalam laluan ke suku akhir.

Tampanan jarak dekat Rodrigo Palacio membuka tirai jaringan pada minit ke-24 buat anak buah Roberto Mancini menentang kelab Serie B Cagliari, yang sekalipun menyingkirkan Sassuolo pada pusingan terdahulu gagal mengancam di San Siro.

Marcelo Brozovic menyumbat gol menakjubkan dari jarak jauh ketika Inter menang 4-0 ke atas Udinese Sabtu lalu dan dia melakukan percubaan dari jarak sama pada minit ke-71 sekali gus mengecewakan penjaga gol Alessio Cragno.

Ivan Perisic tampil dari bangku simpanan pada lewat permainan dan melengkapkan jaringan dengan gol solo menarik sembilan minit sebelum tamat.

Dua minggu selepas menamatkan minat Palermo pada pertandingan itu dengan kemenangan mengejut 3-2 di Sicily, Alessandria menyekat kemaraan Genoa berikutan gol kemenangan Riccardo Bocalon pada minit ke-113 bagi membantu kelab divisyen tiga itu menang 2-1 ke atas kelab bermasalah Serie A itu.

Inter kini berdepan pemenang antara Napoli dan Verona. -AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");