Jenayah

IS penggal lima perisik Rusia

DAMSYIK, SYRIA: Kumpulan militan IS didakwa memenggal kepala lima rakyat Rusia yang tidak dikenali selepas dituduh mengintip kumpulan itu.

Agensi berita ARA News melaporkan, lima perisik Rusia tersebut dipenggal selepas menyediakan maklumat kepada rangkaian pengintip terancang.

“Identiti mereka tidak didedahkan kerana kepimpinan IS ingin memburu ahli lain rangkaian yang sebelum ini berjaya melarikan diri. IS juga kini cuba untuk menangkap semua perisik Rusia yang telah menyertai mereka,” menurut akhbar itu memetik sumber sebagai berkata.

2 Disember lalu, IS mengeluarkan sebuah video propaganda yang menunjukkan anggota IS Rusia Anatoly Zemlyanka memenggal kepala seorang pengintip, dikenali sebagai Magomed Khasiyev di Raqqah.

Mangsa didakwa seorang rakyat Rusia dari Republik Chechen, dan menyertai IS untuk mengintip bagi Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) pada 2014.

Difahamkan, hukuman itu dijalankan selepas Rusia mula menyerang IS di Syria setelah mendapat permintaan daripada kerajaan Presiden Bashar al-Assad pada 30 September. – Press TV

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");