Panasnya Hari Ini

‘Saya Ada Banyak Peluang Jika Mahu Hancurkan UMNO’ – Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya beliau ingin menghancurkan UMNO, beliau akan menggunakan peluang semasa mentadbir selama 22 tahun dan selaku Perdana Menteri serta Presiden parti itu untuk melakukannya.

Tambahnya, namun disebabkan rasa sayang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), beliau sama sekali akan tidak melakukannya, sebaliknya, kesetiaannya terhadap parti orang Melayu itu tidak pernah goyah.

“Saya mempunyai banyak peluang kalau kata saya nak hancurkan UMNO, tapi pada masa kepimpinan saya, UMNO tak hancur pun.

“Saya boleh letak jawatan semasa Negara mengalami krisis kewangan pada 1998 dan ketika isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dahulu tetapi saya tidak berbuat begitu,”katanya, memetik laporan daripada mstar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi dialog anjuran Ketua Cawangan Badlishah, Kedah, Anuar Abdul Hamid, semalam.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dan anggota bahagian dari Kedah.

Tambah Dr Mahathir lagi, beliau hanya melepaskan jawatan selepas segala permasalahan melanda Negara selesai.

“Saya hanya meletak jawatan pada tahun 2002 setelah semua masalah dan krisis kewangan pulih. Dan kini, saya pula dituduh bertindak ingin menghancurkan UMNO,”luahnya.

Beliau turut mengulas mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015 mengenai tugas timbalan presiden yang seharusnya membantu presiden.

Dr Mahathir berpendapat, maksud ‘bantu’ di dalam perlembagaan UMNO bukannya semata-mata menyokong tetapi dalam masa yang sama perlu turut menasihati dan menegur presiden sekiranya terdapat isu dalam urusan pentadbiran Negara dan parti.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir turut menasihatkan ahli parti agar menguatkan pendirian dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran dan sogokan mana-mana pihak sekiranya ingin melihat UMNO terus kekal relevan.

“Kita kena jaga kuasa dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");