Isu Panas

Jangan cabar kesetiaan rakyat Kelantan

KOTA BHARU – “Umno jangan mimpi mahu rampas Kelantan. Jangan cuba mencabar kesetiaan rakyat kepada perjuangan yang dipertahankan selama ini,” kata Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa mengulas harapan Umno Kelantan menjelang PRU14 ini.

Menurutnya, Umno sebenarnya kini sudah ketandusan idea, tidak mampu lagi untuk berdiri di atas kaki sendiri sehinggakan hanya menunggu dan berharap rakyat akan memilih mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Perkara itu mustahil berlaku. Perjuangan ikhlas selama ini tidak akan tercemar dengan perkara begini. Malah tindakan ‘berani’ itu sebenarnya mencabar kesetiaan rakyat.

“Dengan pelbagai kemelut yang melanda pentadbiran negara kini, rakyat semakin sedar dan tidak akan sesekali berjanji untuk memilih pemimpin yang menzalimi mereka,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, malah tindakan mereka yang hanya mahu rakyat memilih mereka selepas ketiadaan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz itu juga tidak membuktikan mereka mampu membantu rakyat sebagaimana yang dimahukan.

Sukirman yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut berpendapat, peluang Umno untuk merampas Kelantan terlalu sukar, dan di antara sebabnya ialah pimpinan mereka di peringkat negeri tidak menonjol.

“Tiada pemimpin muda yang menjadi pelapis. Isu-isu di peringkat nasional tidak selesai, malahan makin menekan rakyat. Ia menjadi faktor Umno tidak boleh merampas Kelantan, malah berpotensi kehilangan Putrajaya satu hari nanti.

“Dengan 12 kerusi dalam Dun Kelantan, sepatutnya Umno sudah menjadi pembangkang yang berkesan tetapi ia gagal dilaksanakan juga.

“Sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada pakatan pembangkang akibat pelbagai faktor terutama tekanan ekonomi dan salah tadbir urus negara dengan berbagai skandal hanya makin melemahkan Umno. Itu hakikat yang perlu diterima kini,”katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");