Jenayah

Janji hadiah mewah

Petaling Jaya: Seorang pelajar kolej warga Nigeria yang dikatakan memperdaya mangsa melalui Facebook dengan menjanjikan hadiah mewah, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas dua tuduhan menipu dua wanita membabitkan kerugian RM10, 500, Ogos lalu.

Tertuduh, Collins Sparklys Obianke, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Salamiah Salleh dan Majistret Mohd Azali Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Foo Pooi Yun, 43, dan S Vanitha, 31, untuk mempercayai dia boleh membekalkan barangan yang mengandungi beg tangan, komputer riba, telefon bimbit, jam tangan, cermin mata dan minyak wangi.

Perbuatan itu mendorong kedua-dua mangsa memasukkan wang tunai keseluruhannya berjumlah RM10,500 ke dalam akaun Maybank, di Bukit Puchong dan Subang Jaya, di sini, antara 24 Ogos dan 14 September lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");