Berita Hari Ini

Kelantan kekal tidak keluarkan lesen vape

KOTA BHARU – Kerajaan negeri mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penjualan vape atau rokok elektronik di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, berikutan keputusan itu juga kerajaan negeri juga akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga untuk mengosongkan premis mereka bermula hari ini.

“Kita akan ambil tindakan tertentu termasuk menyita peranti jika mendapati masih ada peniaga yang ingkar dan terus menjual vape barangan selepas 1 Januari ini.

“Setakat ini peniaga memohon lesen perniagaan barangan elektronik dan lain-lain barangan bagi membuka perniagaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung penjualan vape di Kompleks Kota Darul Naim di sini pagi tadi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");