Jenayah

Kerja pencuri terbantut

Johor Bahru: Dua lelaki ditahan polis selepas disyaki cuba melarikan satu mesin ATM yang terletak di depan Pejabat Pos Benut dekat Pontian, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi, polis menerima panggilan memaklumkan alat penggera bank berbunyi dan bergegas ke lokasi sebelum mendapati sebuah Perodua Kancil dinaiki dua lelaki berusaha menarik mesin ATM berkenaan.

Menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek yang berada dalam kereta cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, pemandu yang juga operator kilang berusia 21 tahun dari Ipoh, Perak, ditahan manakala rakannya, peniaga berusia 19 tahun dari Pontian sempat melarikan diri ke arah semak di belakang pejabat pos berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, siasatan polis mendapati suspek memecahkan pagar pejabat pos untuk memasuki premis itu sebelum cuba melarikan mesin ATM dengan menariknya menggunakan Perodua Kancil.

Beliau berkata, siasatan mendapati hanya mesin ATM condong ke depan akibat ditarik menggunakan kereta.

“Hasil risikan, kami menahan suspek kedua yang melarikan diri di Jalan Kampung Lama, Benut, jam 7.10 pagi.

“Hasil semakan, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Zakaria berkata, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 kanun sama.

Menurutnya, akibat kejadian itu, bank mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM160,000.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");