Panasnya Hari Ini

Kerjasama UMNO & PAS: Najib Terdesak

KUALA LUMPUR:Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kerjasama politik yang diusahakan di antara UMNO dan PAS adalah sebagai satu tindakan terdesak dan sekadar menarik perhatian.

Mememtik sumber Sinar Harian, kenyataan itu dilontarkan oleh Ketua AMK Kelantan, Dr Hafidz Rizal yang merasakan usaha itu dilihat hanya pada satu pihak semata.

Ujarnya lagi, Barisan Nasional juga seperti ‘berkeseorangan’, selain tidak mengikut saluran yang benar.

Mengulas pula mengenai Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini beliau mendakwa segalanya masih tidak jelas dan Najib sahaja yang sekadar berucap.

“Sepatutnya mereka kena selesaikan dahulu kesepakatan dalam BN sebelum mengorak langkah dalam isu bergabung dengan Pas.

“Najib seperti tertekan dan terancam. Beliau juga diserang bertubi-tubi oleh pimpinan Umno sendiri, jika benar nak bergabung jangan hanya ajak Pas, jemput semua parti pembangkang lain bagi membantu negara capai wawasan 2020 yang masih berbaki lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai pertemuan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar.

Ujarnya, pelawaan oleh Presiden UMNO itu kelihatan terdesak dan ingin menarik perhatian dalam isu terbaru sedangkan kini beliau sedang berhadapan dengan pelbagai isu termasuklah membabitkan wang derma RM2.6 bilion.

“Kalau nak bergabung ajaklah secara keseluruhan, jika begini macam ada yang tidak kena. Pas bagaimanapun memberikan respons cukup baik, di mana sentiasa menghormati PKR, menjaga keutuhan hubungan dalam PR,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");