Sukan Hari Ini

Kisah dongeng The Foxes bakal berakhir?

LEICESTER – Buat kali pertama musim ini, Leicester City tidak lagi kelihatan seronok, dan Claudio Renieri tidak memahami mengapa keadaan itu berlaku.

Sebahagian daripada daya tarikan Leicester ialah kemampuan mereka mendaki ke puncak liga, musim ini de­ngan sikap riang tanpa rasa dibebani tanggungjawab berat dan gaya permainan serangan balas yang diterapkan telah menyerlahkan bakat dua tonggak, Jamie Vardy dan Riyad Mahrez.

Namun pada aksi ‘Boxing Day’ di Anfield, Sabtu lalu, semua elemen tersebut telah le­nyap.

Ranieri, yang mudah dibaca emosinya, berdiri di kawasan teknikal sambil berpeluk tubuh, dan sesekali menggeleng kepala melihat Christian Benteke menjaringkan gol yang memberi kekalahan pertama kepada mereka dalam 11 perlawanan.

Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang? Adakah ini petanda ‘kisah dongeng’ The Foxes telah berakhir dan kedudukan mereka di puncak liga bakal terancam?

Satu lagi ujian besar menanti Leicester apabila menentang Manchester City hari ini, dan Renieri mahu pe­rasaan seronok kembali mewarnai pemainnya.

Dia tidak pernah mengendahkan ramalan bahawa Leicester adalah pencabar gelaran, jauh sekali mencongak sejauh mana skuad bimbingannya mampu melangkah. Apa yang dimahukan ialah meneruskan perjua­ngan dengan penuh bersemangat.

“City merupakan ujian besar. Adakah anda berpendapat mereka pencabar kami? Anda tahu pandangan saya.

“Kami masih bermimpi, kami berada di kedudukan hebat de­ngan 38 mata. Ini impian kami. Saya mahu menyaksikan pemain saya bergembira.

“Mereka cuma perlu bermain bola sepak dan menikmati ke­seronokan beraksi. Jika kami kalah, terima sahaja, tetapi kami perlu keluar ke sana dan mempamer aksi tanpa gentar,” kata Renieri. – AGENSI

– http://www.utusan.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");