Jenayah

Penganggur edar dadah ditahan

KOTA TINGGI: Seorang pengedar dadah berjaya ditahan di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Tanah Putih, Kuala Sedili dalam satu tangkapan yang dilakukan di kampung terbabit pada 26 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, tiga anggota polis dari Balai Polis Kuala Sedili yang diketuai Konstabel Muhammad Firdaus Abdul Rashid telah menahan suspek kira-kira jam 7 malam.

Menurutnya, lelaki terbabit yang berada dalam kelapa sawit berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis namun berjaya ditahan.

“Suspek yang berusia 31 tahun menetap di kampung terbabit dan merupakan seorang penganggur. Pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai satu beg celoreng di pinggangnya.

“Di dalam beg terdapat empat paket plastik cerah mengandungi bahan disyaki dadah heroin berat kasar 27 gram. Turut ditemui satu alat timbang elektronik,” katanya.

Rahmat berkata, berikutan tangkapan itu suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

“Bekalan dadah berkenaan mampu menampung kira-kira 50 orang penagih tempatan dan suspek ditahan reman sehingga 1 Januari untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");