Sukan Hari Ini

‘Klinik sama seperti di Jepun’

Kuala Lumpur: Langkah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menganjurkan bengkel jurulatih untuk persatuan negeri dilihat mampu mencetuskan kebangkitan sukan itu.

Penganjuran itu dianggap langkah baik dan mendapat sokongan penuh jurulatih negeri yang menyertai bengkel berkenaan kerana boleh berkongsi pandangan dan pendapat dalam melahirkan jaguh badminton negara bermula dari akar umbi.

Pernah berkelana di Jepun dan membimbing Kento Momota yang kini menghuni tangga kelima dunia, Izuan Ibrahim menyambut baik pendekatan baru BAM itu kerana mampu memberi gambaran lebih jelas berhubung perancangan Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen (gambar).

Katanya, klinik itu membolehkannya membentangkan perancangan dalam tempoh setahun selain sasaran yang diletakkan untuk setiap negeri.

“Klinik ini sangat berguna buat kami jurulatih tempatan untuk membentangkan perancangan setiap tahun dan ia permulaan yang bagus.

“Pendekatan sama juga digunakan ketika saya di Jepun yang mana ketika itu persatuan badminton kebangsaan mereka akan menganjurkan klinik setiap tahun untuk menjelaskan hala tuju pemain dan apa yang dimahukan.

“Mereka akan menjelaskan bagaimana budaya sukan badminton di Jepun agar ia tidak tersasar daripada landasan ditetapkan,” katanya.

Izuan kini kembali ke Malaysia selepas mendapat tawaran menjadi jurulatih badminton Kelantan berkata, klinik yang dianjurkan itu mampu memacu pemain mengikut acuan jurulatih.

“Sebagai contoh, sekarang ini Kelantan mempunyai empat jurulatih. Kami mempunyai ramai bakat terutama di bawah 12 tahun. Apa yang cuba diterapkan adalah membangkitkan keinginan mereka.

“Kita mahu lihat sama ada mereka mampu bertahan dalam sesi latihan dalam usaha menjadi juara. Kita bukan berusaha untuk membentuk pemain bermain seperti (Datuk) Lee Chong Wei. Tapi sebaliknya mahu melahirkan pemain melebihi apa yang Chong Wei capai mengikut gaya permainan masing-masing,” katanya.

Bengkel badminton julung kali diadakan itu yang membabitkan jurulatih negeri dari seluruh negara dianjurkan BAM sejak tiga hari lalu bermula Isnin.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");