Berita Hari Ini

Lahirnya Komuniti ASEAN hari ini

PUTRAJAYA: Komuniti ASEAN lahir secara rasmi hari ini, mencatat pencapaian besar dalam sejarah persatuan 10-negara itu, serta memperkukuhkan lagi integrasi rantau berkenaan demi kemakmuran dan kesejahteraan semua.

Idea komuniti berasaskan tiga bidang itu – Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosio-Budaya – tercetus pada 2003 dengan prospek penawaran peluang besar kepada setiap orang yang tinggal dan bekerja di rantau ini.

Berucap mengenai langkah besar diambil kumpulan serantau itu yang dibentuk pada 1967, timbalan ketua pengarah Komuniti Sosio-Budaya ASEAN Kementerian Luar, Duta Besar Jojie Samuel berkata: “ASEAN memasuki tahun 2016 sebagai sebuah komuniti, hingga menghasilkan proses integrasi yang mewujudkan peluang-peluang baharu untuk penduduknya seramai 650 juta bagi merebut peluang daripada sifat berpandangan jauh dan kecergasan ekonomi komuniti ASEAN.”

Gerak langkah ke arah pembentukan komuniti ASEAN bermula di Bali, Indonesia, pada Oktober 2003 bila anggota-anggotanya mengesahkan Deklarasi Kesepakatan ASEAN II, juga dikenali sebagai Kesepakatan Bali II.-bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");