Sukan Hari Ini

Leverkusen tekad benam Barcelona

Leverkusen, Jerman: Bayer Leverkusen perlu memecah rentetan enam kali kalah menentang juara bertahan Barcelona awal pagi esok ketika mereka mengintai peluang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Leverkusen kalah 1-2 di Nou Camp Oktober lalu walaupun mengejutkan lawan apabila mendahului dan mahu mengelakkan ulangan kemenangan 6-1 Barcelona ke atas AS Roma dua minggu lalu apabila Luis Suarez dan Lionel Messi bermaharajalela pada perlawanan di laman sendiri.

Leverkusen kendalian Roger Schmidt berdepan ujian getir perlu mengalahkan Barcelona dan berharap Roma keciciran mata di laman sendiri kepada BATE pada satu lagi aksi awal pagi esok dalam usaha mengatasi kelab Itali itu sekali gus layak ke pusingan 16 terakhir.

Kapten Leverkusen Lars Bender bergelut untuk memulihkan kecergasan selepas kecederaan buku lali.

Kelab Jerman itu mengintai peluang layak ke pusingan kedua bagi tahun ketiga berturut-turut namun tidak menang dalam Kumpulan E sejak menewaskan BATE 4-1 September lalu.

“Kami perlu menggunakan setiap peluang berdepan Barcelona,” kata pertahanan Leverkusen Omer Toprak.

Tidak kalah di Eropah musim ini, Barcelona yang dikendalikan Luis Enrique, sudah memastikan tempat ke pusingan kedua sebagai juara kumpulan, manakala Leverkusen di tangga ketiga.

Enrique dijangka tidak menurunkan kesebelasan utamanya selepas sudah pasti muncul juara kumpulan dan kelab gergasi Sepanyol itu berdepan jadual padat dengan pembabitan pada Piala Kelab Dunia di Jepun selain aksi liga pada Tahun Baru. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");