Berita Hari Ini

LPT2: Beralun tapi standard

KUALA TERENGGANU – Kerajaan telah melaksanakan kajian kejuruteraan yang bersesuaian untuk mengenal pasti keupayaan tanah lembut menanggung bebanan sebelum projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dimulakan.

Mengakui 60 peratus LPT2 dibina atas kawasan tanah lembut, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman berkata, reka bentuk jalan tersebut turut mengambil kira sifat tanah lembut.

“Hasil dari kajian itu, kita telah mereka bentuk satu cara, macam mana cara memastikan dalam tempoh sedang dan selesai pembinaan tidak berlaku tanah mampat.

“Sekarang kita akui sepanjang jajaran 184 kilometer ini ada sesetengah kawasan itu memang ada beralun tapi masih lagi dalam standard yang dibenarkan. ” katanya menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) mengenai LPT2 dibina di atas tanah lembut, semalam.

Menjawab soalan tambahan Wan Abdul Hakim tentang pihak yang bertanggungjawab menanggung kos baik pulih jalan LPT2, beliau memaklumkan ia melibatkan dua pihak iaitu Kementerian Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurut Ir Rosli, kos baik pulih tersebut akan ditanggung oleh kontraktor terlibat kerana masih dalam tempoh ‘kecacatan’ manakala pakej yang tidak melibatkan kontraktor berkenaan bakal ditanggung oleh kementerian.

Sementara itu, beliau memberitahu punca utama kemalangan di LPT2 adalah disebabkan tiga faktor iaitu manusia, kenderaan dan persekitaran dengan 701 kemalangan dicatatkan berlaku di jajaran itu dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu.

“59 peratus kemalangan dilaporkan berlaku pada waktu siang manakala 41 peratus lagi pada waktu malam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");