Perak Hari Ini

Malaysian Rally Championship 2015 : TIC Mara Ke Pusingan Akhir

IPOH: TAJ International College (TIC) berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kejuaraan rally dalam pertandingan Malaysian Rally Championship (MRC) yang akan berlangsung di sini esok.

TIC juga dijangka akan bersaing dengan pemandu rally antarabangsa yang terdiri dari China, New Zealand, Finland, Thailand dan India.

“Jentera TIC telah mengambil bahagian MRC di Perlis (pusingan pertama pada 4 dan 5 April lalu), Negeri Sembilan (pusingan kedua, 6 dan 7 Jun), Johor (pusingan ketiga pada 14 dan 16 Oogs) dan di Perak pada 11 hingga 13 Disember ini bagi pusingan akhir.

“Pasukan TIC merupakan pasukan Ralli pertama yang dianggotai oleh pensyarah dan pelajar dan pihak kami ingin mengibarkan bendera Perak sebagai penaja rasmi pasukan ini disamping dapat mempromosikan Perak ke peringkat antarabangsa,”katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

car 3

Pasukan TIC telah diketuai oleh Pegawai Eksekutif TIC Selangor, Azad Jasmi yang juga merupakan Pengarah Pasukan dan pemandu.

Antara barisan pemandu yang berpengalaman bagi pasukan TIC ialah Faidzal Alang dan dibantu oleh Hazwan Fauzi yang akan memandu jentera Proton Satria 1600cc.
Manakala Azad dan pembantunya Amir Izham akan memandu Proton Satria GTi 1800cc.

“Kedua-dua jentera tersebut telah diubahsuai spesifikasi kepada specifikasi rally dengan enjin dan suspense serta kelengkapan keselamatan yang memenuhi keselamatan perlumbaan,”ujarnya.

car 4

Terdahulu TIC telah berjaya memenangi tempat podium pada MRC di Johor iaitu tempat kedua dalam kelas 1800cc, tempat ketiga dalam kateogri 2WD dan tempat keempat dalam kategori keseluruhan.

“Antara penglibatan pelajar TIC juga dalam pasukan rally ini adalah menjadi krew teknikal dan pembantu mekanik bagi pasukan-pasukan rally yang disertai.

“TIC mempunyai program yang berkhususkan dalam bidang automotif yang mana program seperti ini dapat dipraktikkan oleh pelajar sendiri dan seterusnya akan menambah ilmu pengetahuan yang lebih luas,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");