Jenayah

Premis judi atas talian diserbu

JOHOR BAHRU: Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Nusajaya, menyerbu tujuh premis yang menjalankan kegiatan perjudian atas talian di sekitar Gelang Patah, semalam.

Serbuan dari jam 8 malam dan berakhir kira-kira jam 3 pagi itu, turut disertai polis JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya turut menahan 34 individu terdiri daripada penjaga premis dan pemain judi.

“Semua tangkapan berusia lingkungan 16 hingga 60 tahun direman untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Antara barangan dirampas adalah 134 komputer riba yang diubahsuai dan wang tunai berjumlah RM4,458,” katanya pada sidang media di IPD Nusajaya, semalam.

Dalam pada itu, Noor Hashim berkata, dalam tempoh seminggu bermula awal Disember hingga 7 Disember lalu, polis membuat serbuan di lapan premis di sekitar Nusajaya, Bukit Indah dan Kangkar Pulai.

Beliau berkata, hasil serbuan berkenaan, beberapa tangkapan dilakukan iaitu ke atas lapan penjaga dan 27 pemain judi berusia 17 hingga 58 tahun.

“Semua yang ditahan direman untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Ujian saringan awal air kencing yang telah dijalankan mendapati semua tangkapan negatif bahan terlarang.

“Rampasan dibuat adalah sebanyak 97 komputer riba yang diubahsuai dan wang tunai berjumlah RM2,602,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan keseluruhan operasi yang bermula dari awal Oktober hingga semalam, polis merampas 410 komputer riba diubahsuai dan wang tunai RM9,515.

“Sebanyak 35 operasi serbuan dijalankan dan 131 individu berusia lingkungan 16 hingga 60 tahun terdiri daripada pemain dan penjaga premis ditahan reman untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi,” katanya.

Noor Hashim turut menasihatkan pemilik bangunan agar mengambil tahu kegiatan individu yang menyewa premis masing-masing bagi mengelakkan kegiatan seumpama itu terus berlaku.

“Pemilik premis perlu tahu mereka tertakluk Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di mana hukuman kepada pemilik premis adalah denda sehingga RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");