Sukan Hari Ini

Mampukah Devan?

GANJARAN istimewa menanti Ketua Jurulatih The Red Warriors (TRW), K Devan sekiranya membawa pasukan itu muncul juara sama ada Piala FA atau Piala Malaysia dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, ganjaran itu sebagai penghargaan kepada Devan yang bersedia melatih Kelantan walaupun sedar skuad pantai timur berkenanan dibelenggu masalah kewangan.

Menurutnya, jurulatih berusia 54 itu mengambil risiko tinggi apabila sanggup ‘mengikat perut’ menyertai Kelantan harus dibayar dalam bentuk imbuhan sekiranya dia membantu pasukan itu meraih salah satu kejuaraan musim depan.

“Kita beritahu Devan, sasaran Kelantan masih kekal berada kelompok empat terbaik Liga Super dan sekurang-kurangnya satu piala musim depan.

“Ini bermakna Devan perlu membawa Kelantan ke final salah satu pertandingan itu (Piala FA atau Piala Malaysia). Kita bersedia mempertimbangkan ganjaran untuk dia jika mencipta kejuaraan untuk kita,” katanya kepada media selepas program Bual Bicara Kafa Bersama Kelab Penyokong di Kota Bharu, malam kelmarin.

Annuar berkata lagi, beliau melihat Kelantan masih lagi antara pasukan yang perlu diberi perhatian musim depan berdasarkan senarai pemain dimiliki mereka, ketika ini.

“Tiada alasan untuk kita tak boleh mencabar kejuaraan. Kalau kita boleh kalahkan Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun ini, tak ada sebab untuk kita tidak boleh mengatasi mereka sekali lagi, tahun depan.

“Selangor adalah pasukan juara tetapi kena ingat kita pernah kalahkan mereka di sana (Shah Alam). Bermakna taraf kita lebih kurang sama dengan pasukan itu. Nak jadi juara kena ada benda istimewa lebih sikit, dari segi material bukan kita tak cukup pemain cuma kita tercicir aspek disiplin, semangat dan penyatuan pemain sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Annuar memberitahu, beliau telah mengarahkan Devan menumpukan perhatian lebih dalam menilai awang import bagi memastikan Kelantan mempunyai kombinasi mantap bersama pemain tempatan, untuk saingan musim depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");