Perak Hari Ini

MRC Ruang Buat Pelajar Rasai Suasana Sukan Bermotor Sebenar

IPOH: Penglibatan seramai 40 pelajar TAJ International College (TIC) dalam Malaysian Rally Championship (MRC) 2015 yang baru sahaja berakhir semalam bertujuan  memberikan pendedahan sebenar kepada pelajar-pelajar  automotif kolej tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tina Tajuddin berkata, selain menjadi hub kepada pasukan-pasukan tempatan dan luar Negara sepanjang MRC 2015 di Perak, TIC juga turut melatih para pelajar selaku kru untuk membantu di sepanjang perlumbaan berlangsung.

PERAK TODAY 2

“Kenapa kita (TIC) berminat untuk menjadi hub, ini kerana kita percaya bahawa kita ada produk, bakat, tenaga untuk menjadikan Perak sebagai satu mercu tanda kepada kegemilangan sukan bermotor.

“Jadi, sokongan kita bukan sekadar pasukan-pasukan TIC yang berlumba, kita juga cuba jadikan sukan bermotor ini sebagai salah satu sukan yang diminati ramai,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

PERAK TODAY 6

Dalam majlis yang sama, Tina turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menjadi kru sepanjang perlumbaan berlangsung.

Sementara itu, pelumba TIC Motorsport, Mohd Azad Jasmi berkata, penglibatan pelajar TIC pada perlumbaan tersebut merupakan satu bentuk perhubungan terus pelajar dengan pemacu industri sukan bermotor.

PERAK TODAY 1

“Pelajar diberikan pendedahan kepada pasukan-pasukan tempatan dan antarabangsa. Mereka bekerja bukan sebagai pelajar, sebaliknya mereka dilayan sebagai kru.

“Bagi kita, pengalaman di luar kelas amat penting.  Selain itu, ianya merupakan satu landasan untuk membantu pelajar memahami apa yang berlaku diluar sana,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");