Sukan Hari Ini

Nur Amirul dinobat Raja Bukit

Putrajaya: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Nur Amirul Mazuki (gambar, kanan) unggul pada peringkat pertama JM 2015 apabila menyarung jersi Raja Bukit.

Dia berjaya mendominasi dua zon pendakian kategori empat di Bukit Templer dan Batu Arang semalam untuk mengumpul lapan mata dengan pelumba Pishgaman Giant Team Hamid Beikkhormizi di kedudukan kedua dengan empat mata.

“Agak sukar untuk saya mempertahankan jersi ini kerana ada pelumba Iran yang turut bersaing. Namun saya akan memberikan yang terbaik.

“Kejayaan hari ini (semalam) hasil bantuan rakan sepasukan. Saya tidak meletakkan sasaran untuk jersi ini namun selepas berjaya meraih mata di zon pendakian pertama, rakan sepasukan memberikan bantuan,” katanya.

Pencapaian itu meneruskan rentak cemerlang Nur Amirul yang masih segar dengan gelaran Raja Bukit di Sharjah Tour di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hujung bulan lalu.

Peringkat kedua hari ini tidak menawarkan sebarang zon pendakian namun akan diteruskan pada peringkat ketiga esok.

Pelumba terbaik tempatan pada peringkat pertama semalam adalah seorang lagi pelumba TSG Saiful Anuar Mohd Aziz yang berada pada kedudukan kelima.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");