Jenayah

Padah pinjam motosikal tak pulang

KOTA BHARU – Padah buat seorang penganggur kerana meminjam motosikal jiran, namun tidak memulangkannya, dia dihukum penjara lapan bulan dan dua sebatan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin terhadap Nor Azizie Che Mat, 31, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Dia didakwa telah menyalahgunakan motosikal yang dipinjamnya daripada Jailani Mukhtar, 55, di hadapan sebuah rumah sewa di Jalan Bayam, di sini, pada jam 10 pagi, 19 Mac lalu.

Berdasarkan fakta, tertuduh datang ke rumah pengadu dan meminjam motosikal untuk sementara waktu, bagaimanapun tertuduh tidak menyerahkan semula motosikal tersebut, sebaliknya menghilangkan diri.

Pengadu yang rasa terpedaya kemudian membuat laporan polis sebelum tertuduh berjaya ditahan.

Pada prosiding berkenaan, tertuduh yang diwakili peguam awam memohon hukumannya diringankan dengan alasan telah insaf dan menyesal atas perbuatannya itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shahmeera Mustafa yang mengendalikan kes berkenaan bagaimanapun, memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak mengulangi jenayah sama.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Tertuduh juga adalah banduan yang sedang menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki barang curi yang bakal bebas Jun tahun depan dan mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan curi, dadah serta gagal mengemukakan kad pengenalan.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");