Sukan Hari Ini

PAFA Senarai 22 Pemain Untuk Liga Super Perak 2016

IPOH: Seramai 22 pemain telah dipilih bagi menyertai pasukan Liga Super Perak tahun 2016 yang terdiri daripada seorang pemain import dan dua orang pemain Piala Presiden 2016.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dalam satu sidang media,di sini hari ini.

Pemain-pemain tersebut ialah Mohmamad Nasir Basharudin, Muhd Arif Ismail, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari, Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari dan Mohd Syazwan Mohd Roslan.

Turut tersenarai, Mohammad Raffi Nagoorgani, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd Norhakim Isa, Ahmad Sukri Ab Hamid dan Mohamad Hafiz Ramdan.

Selain itu, turut dipilih ialah Muhammad Rafiq Faeez Muhammad Fuad, Muhammad Ridzuan Azly Hussham, Khairul Ashraf Sahizah, Amirul Azhan Aznan dan Muhammad Fikri Sudin.

Manakala bagi penjaga gol, pemain yang dipilih ialah Muhammad Zamir Selamat, Muhammad Hafizul Khairul Nizam Jothy dan Muhammad Syazani Mat Puat.

Abdul Puhat turut mengumumkan bahawa PAFA juga telah memilih seorang pemain import untuk turut bersama-sama pasukan Perak iaitu, Thiago Junio De Aquino.

“Pemain yang didaftarkan di dalam pasukan Piala Presiden 2016 ialah Ahmad Khairul Anuar Ahmad Zamri dan Muhammad Firdaus Saiyadi,”katanya.

Tambahnya lagi, pasukan Perak masih mempunyai tiga kekosongan bagi pemain import.

“Pemilihan akan dibuat seawal-awalnya pada 15 Disember ini. Kita akan minta mereka yang berminat datang ke sini.

“Selain itu, kita masih ada lagi dua kekosongan untuk pemain tempatan dan kita sedang berunding dengan beberapa pemain yang kita akan membawa masuk ke pasukan Perak,”jelasnya.

Abdul Puhat mengumumkan pelantikan Ken Worden sebagai Pengarah Teknikal PAFA yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 2015.

“Beliau akan bertanggungjawab untuk membantu aspek teknikal yang melibatkan semua program pembangunan sukan bolasepak di bawah kendalian PAFA.

“Pihak pengurusan PAFA juga telah menetapkan peranan beliau untuk terlibat secara langsung di dalam program pencarian bakat-bakat baru bolasepak di seluruh Negeri Perak serta merancang program pembangunan dan kecemerlangan sukan bolasepak Perak mulai tahun 2016,”jelasnya.

http://www.peraksilveryouth.com.my/2015/12/pafa-senarai-22-pemain-untuk-liga-super.html

-Perak Silver Youth

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");