Isu Panas

Pas intai lebih kerusi PRU14

BENTONG – Pas Kawasan Bentong memilih untuk bertanding dua atau tiga kerusi di bawah Parlimen Bentong pada pilihan raya akan datang.

Yang Dipertua Pas Bentong, Abd Hamid Bahatim berkata, berbanding PRU13 lalu, mereka hanya bertanding di kerusi Dun Pelangai dan pernah berebut kerusi Parlimen Bentong.

Pada pilihan raya umum akan datang katanya, mereka menyasarkan untuk bertanding lebih dari satu kerusi.

“Bagaimanapun, keputusan terbabit masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk bertanding lebih dari satu kerusi terbabit diambil kira dari sokongan pengundi Bentong yang rata-ratanya telah memilih untuk menyokong pembangkang.

“Pada pilihan raya umum lalu, kita lihat rata-rata pengundi di Bentong mula beralih arah memilih mengundi pembangkang terutama pengundi kalangan kaum Cina.

“Kami percaya mereka yang telah mengundi pembangkang ini sudah tidak mahu bersama kerajaan dan akan terus menyokong pembangkang pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya lagi, Pas Kawasan Bentong menyasarkan untuk bertanding di kerusi Sabai dan Ketari selain Pelangai.

“Kami melihat kepada populasi pengundi di ketiga-tiga Dun terbabit yang mana rata-rata pengundi adalah Melayu.

“Namun begitu, keputusan bertanding di Ketari masih lagi di tahap 50-50,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");