Perak Hari Ini

PAS Kawasan Kuala Kangsar Sokong Kenyataan Presiden PAS

IPOH: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kuala Kangsar menyokong dan menyanjung tinggi kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang bertajuk ‘Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah’.

Yang Dipertuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kenyataan Presiden PAS itu merupakan satu isyarat kepada mana-mana organisasi politik dan rakyat dalam negara ini tentang prinsip serta pra-syarat PAS dalam menjalinkan apa jua hubungan dan kerjasama.

Ujarnya, penegasan yang dibuat oleh Abdul Hadi berkenaan Tahaluf Siyasi PAS adalah berdasarkan keputusan Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan Tahaluf Siyasi.

“Tatkala diuji oleh kawan dan lawan, PAS masih lagi berpegang kepada sikap setiakawan dan janjinya untuk terus bersama-sama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, PAS Kuala Kangsar juga berharap agar PKR tidak lagi mengulangi agenda-agenda tersembunyi dalam memperkasakan Pakatan Tahaluf Siyasi yang sedia ada.

“Terutama dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan bersama samada di negeri-negeri kerajaan Pakatan atau pun di peringkat nasional.

” Disamping itu jua, PAS Kuala Kangsar juga berharap penegasan Tuan Guru Presiden kami mengenai ‘Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah’ adalah merupakan sandaran utama kami dalam gerak kerja siyasah bagi menuju kesempurnaan membina sebuah negara Malaysia yang bersyariat.

“Di mana parti-parti yang ingin bersama PAS, mahupun yang sudah bersama PAS perlu mengambil peringatan dan teladan,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");