Isu Panas

Pas tidak mahu buat jangkaan awal

KOTA BHARU – Pas sekian lama membuka laluan kepada apa sahaja tindakan dan keputusan yang menguntungkan kepada agama dan masyarakat, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Bagaimanapun, mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengajak Pas bersatu, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, setakat ini Pas mempertahankan kerjasama bersama PKR.

Beliau mengulangi kenyataan bahawa tiada sebarang perbincangan untuk bersama Umno setakat ini.

“Pendirian kita sama dengan Presiden (Datuk Seri Abduh Hadi Awang), Pas ini Islam adalah asas, keputusan yang dibuat berasaskan syarak, sejak dahulu lagi kita terbuka perkara yang memberi keuntungan kepada agama dan masyarakat.

“Dari segi politik, setakat ini kita hanya dengan PKR sahaja, dengan Umno tidak ada apa-apa, jangan sapa-sapa cuba kata Pas nak bergabung dengan Umno dalam politik, kita tidak pernah bincang.

“Kita kekal dengan PKR, (bagaimanapun) masa depan kita tak tahu sebab dua atau tiga tahun akan datang tidak boleh jangka suasana politik waktu itu.

“Kita tak mahu buat jangkaan awal,”katanya selepas ceramah di di Dataran Ilmu hari ini.

Perdana Menteri semasa ucapan di persidangan Umno semalam berkata Umno bersedia bekerjasam dengan pas bagi memastikan pentadbiran akan datang tidak jatuh ke tangan pembagkan pro DAP.

Sambil lega dengan pendirian Pas kini, Najib berkata,dengan hati terbuka dan sanubari merdeka, Umno menghulurkan tali silaturahim dan ikatan ukhwah untuk bersama parti itu.

-Sinar Harain

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");