Panasnya Hari Ini

PAU 2015: ‘Janganlah ambil kredit kejayaan UMNO’

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata agar tidak ada mana-mana individu mengambil kesempatan menggunakan kejayaan UMNO dan negara untuk menaikkan imejnya.

Katanya, Malaysia menjadi sebuah negara maju adalah disebabkan UMNO dan bukannya kerana individu dalam sesebuah parti.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas Ucapan Dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

“Saya setuju dengan ucapannya (Najib) bahawa UMNO yang telah berjaya memajukan negara ini sehingga ada doktor jadi pakar. Itu UMNO, bukan pemimpin UMNO.

“UMNO berjaya tapi janganlah ambil kredit kejayaan UMNO ini seolah-olah kejayaan kita sendiri. Saya pun tak pernah ambil kredit,” katanya, memetik laporan mstar.

Terdahulu, kehadiran Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah ke PAU 2015 pada jam 12.30 tengah hari itu disambut oleh ribuan penyokongnya yang melaungkan ‘Hidup Tun’ dan nyanyian Inilah Barisan Kita.

Dr Mahathir turut menjadi tumpuan media yang menunggu di luar Dewan Merdeka sejak dari jam 11.30 pagi.

Beliau yang dikawal ketat oleh pengawalnya meminta agar semua penyokongnya bertenang dan senyap seketika ketika ingin menjawab soalan yang dilontarkan oleh media.

“Bising sangat macam mana saya nak cakap. Tolong senyap. Diam sikitlah, nak suruh saya jawab macam mana kalau bising,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");