Sukan Hari Ini

Pellegrini pilih Pep bimbing City

JURULATIH Manchester City, Manuel Pellegrini berharap Pep Guardiola akan membimbing The Citizens seandainya dia memilih untuk melepaskan jawatan yang disandang ketika ini pada masa akan datang.

Jelasnya, dia tidak mahu berbicara mengenai Pep, tetapi bagi seorang jurulatih yang hebat pastinya ingin meneruskan karier di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya yakin Pep akan bekerja di sini suatu hari nanti dan berharap dia akan punya masa dan ruang bekerja di Manchester City,” katanya yang masih memiliki kontrak sehingga 2017.

Pep yang ketika ini membimbing Bayern Munich akan tamat kontrak akhir musim ini dan menjadi antara calon utama membimbing City, namun Citizen berdepan saingan untuk mendapatkan tandatangan pengurus terbabit kerana Chelsea dan Manchester Uniter turut berminat membawa masuk Pep bagi membimbing pasukan mereka.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");