Panasnya Hari Ini

Negeri Sembilan Ingin Tamatkan Kemarau Kejuaraan 23 Tahun

KUALA LUMPUR: Pasukan Negeri Sembilan mahu menamatkan kemarau 23 tahun yang mereka hadapi bagi menjulang Piala Emas Raja-Raja 2015 dalam pertembungan dengan pasukan Perlis, di Stadium Tuanku Syed Putra, Jumaat ini.

Kali terakhir pasukan tersebut menjulang trofi kejuaraan adalah pada tahun 1992.

Hajat besar Negeri Sembilan bersempena perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2015 ini akan berlangsung pada Jumaat ini di Kangar.

Dalam tempoh 23 tahun tanpa menjulng trofi kejuaraan, sudah tentu pasukan dibawah kendalian Abdul Halim Sulaiman dijangka bakal mempamerkan aksi menarik dan  kejutan buat pasukan lawan.

Penolong Pengurus pasukan Negeri Sembilan, Abdul Rafi Abdul Murad berkata, kejayaan untuk mara ke peringkat akhid ini adalah dari semangat kekeluargaan yang diterapkan ke dalam pasukannya.

“Pasukan ini sebenarnya sudah ditubuhkan sejak lima tahun lalu, namun hanya pada tahun ini sahaja kami benar-benar dapat kumpulkan kesemua pemain” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, Perlis akan merasai tekanan kerana mereka adalah juara bertahan.

“Selaku juara bertahan, Perlis sememangnya pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kami cuma mampu seri tanpa jaringan menentang mereka pada peringkat kumpulan.

“Bagaimanapun, itu bukan alasan buat kami mengalah. Kami akan berikan aksi yang terbaik bagi memberi sedikit kegembiraan buat peminat bolasepak Negeri Sembilan apatah lagi sudah 23 tahun piala ini tidak dimenangi Negeri Sembilan” tambahnya lagi.

Sementara itu, pengurus pasukan Perlis, Prof. Madya Mazelan Abdul Hamid  pula menyifatkan Negeri Sembilan adalah sebuah pasukan yang kuat.

Bagaimanapun, Perlis mempunyai kelebihan apabila beraksi di laman sendiri yang akan memberi sedikit kelebihan buat pasukannya.

“Bermain di halaman sendiri memang satu kelebihan buat kami. Justeru itu, saya mengharapkan penyokong-penyokong Perlis turun memberikan sokongan moral buat pasukan seperti yang telah mereka lakukan pada peringkat kalah mati sebelum ini.

“Misi kami adalah untuk menjuarai hatrik iaitu tiga kejuaraan berturut-turut selepas memenangi pada tahun 2013 dan 2014. Memenangi piala memang mudah, namun untuk mempertahankannya buat kali kedua, ini satu tugas yang sukar,”ujarnya.

Perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja 2015 melibatkan pasukan Perlis menentang Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung 25 Disember ini, di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar jam 8.45 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");