Jenayah

Pemberontak Aceh serah diri

JAKARTA, INDONESIA: Kumpulan pemberontak Aceh diketuai Din Minimi atau Nurdin Ismail dilaporkan telah menyerah diri kepada pasukan keselamatan Indonesia.

Nurdin bersama kira-kira 120 pengikutnya turut menyerahkan 15 senjata api dan seguni peluru hidup kepada polis.

Difahamkan melalui laporan Jakarta Post, Nurdin yang juga bekas anggota Gerakan Aceh Merdeka (GAM) berbuat demikian selepas mencapai kata sepakat dengan Badan Intelijen Negara (BIN).

“Mereka meletakkan syarat bahawa anggota kumpulan itu tidak lagi diburu selepas menyerah diri. Mereka juga meminta pengampunan dan tidak lagi diancam,” kata Ketua BIN, H Sutiyoso.

Nurdin dan pengikutnya menyerah diri di rumah ibu-bapanya di Desa Ladang Baro, Aceh Timur, kelmarin.

Beliau terkenal kerana sering melakukan rompakan ala Robin Hood dengan menjadikan pemimpin rasuah dan pengedar dadah sebagai mangsa.

Wang hasil rompakan itu digunakan bagi menampung kehidupan anak yatim serta balu pemberontak yang tidak dipedulikan pemimpin GAM.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");