Membawang Hari Ini

Pemilihan berdasarkan populariti

Tiada sikap diskriminasi sebaliknya pemilihan artis melalui kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Meletop Era (AME) 2016 berdasarkan populariti sesebuah lagu dan artis itu.

Perkara ini dilihat menerusi barisan artis yang tercalon ada dalam kalangan juara pertandingan yang tidak dipilih antaranya juara Akademi Fantasia (AF) iaitu Sufi yang tidak tersenarai.

Sebaliknya, naib juara AF2015 iaitu Syamel dilihat mendominasi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Meskipun belum tercalon untuk lima artis top, Syamel berjaya mendominasi tiga kategori iaitu Artis Baru Meletop, Lagu Meletop Era dan Penyanyi Meletop.

Ketua Format dan Program Realiti Astro Namanzee Harris berkata, pemilihan setiap artis berdasarkan populariti mereka.

“Jika dilihat lagu Syamel iaitu Hidup Dalam Mati berjaya menambat hati pendengar dan lebih me­nyerlah berbanding lagu Sufi.

“Kami mengambil berat perkara berkenaan dan impak populariti setiap artis juga diambil kira ramai panel juri yang dilantik seperti Astro sendiri, Media Prima Berhad, media cetak dan online,” katanya.

Namanzee berkata, begitu juga dengan pencalonan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerusi kategori Bintang Online Meletop yang dilihat relevan dengan pengikutnya yang ramai di laman sosial.

AME 2016 akan disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada 28 Februari depan.

Diacarakan Nabil Ahmad, penonton boleh menyaksikan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebanyak 18 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era, Penyampai Radio Meletop, Program Radio Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop, Program Meletop dan Pelakon Meletop.

Selain itu, kategori lain ialah Hos Meletop, Bintang Online Meletop, Artis Baru Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop dan Fesyen Meletop.

Dua kategori hangat yang menjadi rebutan ialah Top Top Meletop Lelaki dan Top Top Meletop Wanita.

Sementara itu, Syamel ketika ditemui berkata, dia bersyukur tercalon dan mengganggap ini adalah rezeki.

“Saya bersyukur kerana tercalon. Tiada rasa tertekan sebaliknya ia lebih kepada mencabar diri kerana harapan yang tinggi orang ramai terhadap saya.

“Ini sebagai petanda untuk saya bekerja dengan lebih kuat lagi dan saya akui rezeki melimpah sejak AF.

“Saya juga tidak terlalu mengejar populariti. Cepat atau lambat populariti itu datang, yang penting saya perlu terus berusaha kerana nyanyian kini adalah sumber rezeki saya,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");