Panasnya Hari Ini

Perbincangan Kerjasama Dengan PAS Pada Januari- Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR:Isu berhubung kerjasama diantara Pakatan harapan dan PAS dijangka akan dibincangkan pada Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan, 9 Januari ini.

Memetik sumber daripada Berita Harian, kenyataan itu dilontarkan oleh Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

Jelasnya lagi, persidangan itu juga bakal membincangkan isu hudud yang menjadi agenda utama perjuangan PAS.

“Kita mahu supaya Pakatan Harapan memperjelaskan dan memutuskan perkara-perkara yang membabitkan polisi umum antaranya membabitkan dasar negara, antarabangsa, pendidikan, wanita dan belia.

“Jika isu kerjasama dengan PAS dibangkitkan, kepimpinan Pakatan Harapan sedia untuk membincangkan perkara itu termasuk isu hudud yang akan turut menyaksikan pandangan pimpinan PAN terhadap isu berkenaan,” katanya.

Pakatan Harapan juga katanya sentiasa sedia untuk membincangkan isu penting termasuk kerjasama antara tiga parti pembangkang tersebut dengan PAS.

Sementara itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan seperti memberi gambaran bahawa parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak.

Tegasnya, kepimpinan parti itu di Sarawak lebih komited menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan, gabungan PKR, DAP dan PAN.

“Kita belum bincang secara terperinci (berhubung keperluan untuk bekerjasama dengan PAS) tetapi ‘presence’ (pengaruh/kehadiran) PAS di Sabah dan Sarawak tidak seperti di Semanjung… PAS tidak ada kerusi di sana.

“Dan pimpinan (PKR) negeri komited dengan Pakatan Harapan,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");