Berita Hari Ini

Polis Lahad Datu Tolak Khabar Angin Pencerobohan Di Sabah

KOTA KINABALU: Polis menolak khabar angin mengenai penceroboh mendarat di Lahad Datu dan merancang untuk melancarkan serangan di Sabah.

Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata, mereka telah membuat semakan berhubung khabar angin itu sejak ia mula tersebar beberapa hari lalu.

“Tidak, semuanya adalah khabar angin. Tidak benar tentang apa yang telah tersebar setakat yang kita telah periksa sehingga kini,” katanya sambil menggesa orang ramai di daerah pantai timur negeri itu supaya tidak menyebarkan khabar angin yang tidak berasas.

Mesej mengenai pencerobohan itu tersebar di rangkaian sosial seperti WhatsApp dan Facebook termasuk ‘amaran dan perhatian’ kepada orang ramai supaya tidak keluar malam atau membuka pintu rumah mereka kerana pengganas dari selatan Filipina telah mendarat di pantai Sabah dekat Felda, Lahad Datu.

Mesej tersebut turut mendakwa bahawa tentera dan pasukan keselamatan lain telah menempatkan anggota mereka di beberapa lokasi bagi menangani penceroboh.

Malah terdapat khabar angin yang mendakwa tembakan telah dilepaskan di kawasan Felda berikutan ‘pencerobohan’ itu.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");