Jenayah

Serah diri selepas lima jam isteri ditahan

KOTA BHARU: Kurang lima jam isteri ditahan bersama 1,100 pil dadah jenis WY, seorang kelindan lori dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, kelmarin.

Suspek yang berusia 38 tahun terbabit turut mengaku bekalan dadah yang dijumpai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kijang Badang, di sini, itu adalah miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Superintenden Mit Emong berkata, serbuan pada jam 2.30 petang berjaya menahan wanita berkenaan sebelum pasangannya itu menyerah diri pada jam 7 malam, hari sama.

“Ketika serbuan, hanya isteri suspek yang berusia 29 tahun bersama tiga anak mereka berada di rumah. Pemeriksaan lanjut menjumpai enam bungkusan akhbar iaitu tiga daripadanya mengandungi 506 pil dadah, manakala tiga lagi mengandungi 594 pil.

“Tiga bungkusan pertama dijumpai di atas almari bahagian ruang tamu dan selebihnya dijumpai di dalam ruangan penyimpan barang di bawah tempat duduk motosikal di garaj hadapan rumah,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, berat kasar dadah berkenaan dianggarkan berjumlah 110 gram dan nilai pasarannya adalah RM27,500.

“Lelaki berkenaan memiliki rekod lampau bersabit kesalahan dadah dan suspek kembali aktif sejak September lalu. Kita juga masih memburu dua lagi saki baki anggota sindiket,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");