Panasnya Hari Ini

PROTON Pertimbang Naikkan Harga Kereta Bermula Januari 2016

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd (PROTON) kini sedang mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya bermula pada Januari tahun hadapan berikutan nilai ringgit lemah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, hal ini kerana hampir kesemua bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.

“Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kami,”katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, kenaikan harga tersebut dilihat sebagai satu situasi industri dan ianya perlu dinaikkan bagi mengimbangi kesan ringgit yang rendah.

 PROTON kini turut sedang menilai struktur harga dan peratusan kenaikan harga bergantung kepada model kereta yang dikeluarkan.

Menerusi kenyataan media yang sama, PROTON turut berkata ianya bertujuan untuk mengurangkan kesan yang mempengaruhi keuntungan sejak Ogos 2015, ia berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan menyusun semula operasi mengikut keperluan.

“Penyusutan ringgit terus memberi penekanan kepada PROTON di sebalik usaha itu dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");