Berita Hari Ini

Pusat Sehenti Gabem main peranan fasilitator

SHAH ALAM – Kegagalan mencapai ekuiti 30 peratus golongan bumiputera di dalam bidang keusahawanan dan perniagaan sekaligus meletakkan kedudukan ekonomi Melayu masih jauh ketinggalan berbanding kaum Tionghua menjadi salah satu perhatian utama Gabem dalam memperbaiki situasi berkenaan yang dilihat kian meruncing.

Pengerusi Gabem, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik berkata, walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, namun situasi seolah-olah begitu sukar untuk diubah malah kaum bumiputera dilihat lebih selesa bekerja ‘makan gaji’ daripada menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan.

Menurutnya, Gabem turut tidak ketinggalan meneruskan usaha demi usaha di mana Pusat Sehenti Gabem (PSG) yang diwujudkan berperanan sebagai fasilitator telah berjaya mengumpulkan beberapa kementerian serta agensi kerajaan yang berkaitan dengan keusahawanan melalui kerjasama strategik secara muafakat melalui kerjasama strategik di bawah satu bumbung di samping sebagai alternatif memberi perkhidmatan kepada usahawan.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, PSG telah menerima 5000 orang peserta merangkumi empat program utama yang memberi tumpuan terhadap segala aspek berkaitan keperluan atau pakej lengkap yang diperlukan usahawan sekaligus mentransformasikan agenda ekonomi bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.

“Kelangsungan dan kesinambungan program ini sentiasa diperhatikan bagi mengembalikan kegemilangan ekonomi bangsa Melayu. Kita sedia maklum bahawa sejarah telah membuktikan jika sesuatu bangsa itu tidak menguasai ekonomi akan memberikan banyak kerugian, maka bumiputera mesti bangkit kembali untuk mengangkat martabat dengan menguasai ekonomi negara,” katanya perasmian Seminar Teknologi Pembungkusan dan Pusat Sehenti Gabem anjuran Gabem dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");